Pages

Memaparkan catatan dengan label Ismail Haron. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ismail Haron. Papar semua catatan

Khamis, 6 Ogos 2015

Ilham Pujangga-Ismail Haron

Ilham Pujangga-Ismail Haron

Ilham Dari Pujangga
Berdiam Diri Bukan Ertinya Kau Kalah
Biar Cercaan Sekali Datang Menimpa
Sudahlah Memang Adat Di Dunia
Bersuaralah Kamu Pada Perkara Berguna
Itu Rahsia Orang Bijaksana

Ia Anak Muda Itu Tiada Mati Kerana Tergelincir Kakinya
Tetapi Matinya Anak Muda Itu Ialah Kerana Tergelincir Lidahnya
Berdiam Dirilah Kamu Kepada Perkara Yang Bukan-Bukan
Bersuaralah Kamu Kepada Perkara Yang Memberi Kebaikan

Berikanlah Tenaga
Untuk Nusa Dan Negara
Ini Zaman Kemajuan
Jangan Kita Ketinggalan

Kasih Sesama Manusia
Seperti Atas Sayangkan Diri Anda
Pandang Yang Satu Kepada Yang Ramai Sayang
Pandang Yang Ramai Kepada Yang Satu

Usahlah Ditanya Apakah Bakti Negara Untuk Kamu
Tetapi Tanyalah Apakah Bakti Kamu Untuk Negara
Berjasalah Kamu Untuk Keharmonian Negara

Kau Katakan Pada Aku Sekarang Puan
Apakah Pendapat Kau  Atas Kewajiban Muda Mudi

Pembela Harapan Dan Tiang Segala,Bangsa Dan Negara

Bagaimanakah Cara Yang Patut Aku Tunjukkan Kewajibanku

Kau Mempunyai Akal Bukan
Tepuklah Dada Tanyalah Selera

Sungguhkanlah Hatimu
Pertahankan Ibu Pertiwi
Jauhkanlah Dirimu
Dari Perkara Yang Merugi

Maaf Mudi Dan Muda
Ku Susun Jari Sepuluh
Aku Bukanlah Seorang Pujangga
Hanya Seorang Penyanyi Biasa